Struktur korporat Fremantle_(syarikat)

Fremantle International merupakan bahagian pengedaran global yang bertanggungjawab untuk penjualan global di seluruh platform kandungan siap Linear Television, Digital dan Home Entertainment, format jualan di wilayah bukan penerbitan serta memperoleh dan membangunkan program-program baru untuk pasaran antarabangsa.

Bahagian penerbitan & pengedaran AS Fremantle ialah Fremantle USA (FMUSA). Berpangkalan di Burbank, California, Fremantle USA dan portfolio syarikatnya, termasuk Original Productions dan 495 Productions, ialah studio kandungan yang menghasilkan & mengedarkan program skrip dan alternatif untuk rangkaian siaran dan kabel, sindikasi, dan platform digital (dalam talian & mudah alih).

Di samping itu, Fremantle memiliki beberapa syarikat pengeluaran lain yang lebih kecil; antaranya adalah Original Productions (bertanggungjawab untuk mencipta dan menghasilkan pelbagai realiti seperti Deadliest Catch, Ax Men, dan Ice Road Truckers) milik Thom Beers dan Amygdala Music, syarikat prenerbitan dan komposisi Leslie Beers yang menulis muzik tema, sampingaj dan tampilan untuk rancangan Original Productions. 495 Productions mempunyai pakar dalam membangunkan program.

Rujukan

WikiPedia: Fremantle_(syarikat) https://www.fremantle.com/ https://www.fremantle.com https://variety.com/2001/biz/news/pearson-tv-place... https://variety.com/2018/tv/news/fremantlemedia-na... https://variety.com/2018/tv/news/fremantlemedia-re... https://web.archive.org/web/20001109170100/http://... https://web.archive.org/web/20010905225209/http://... https://web.archive.org/web/20011202091616/http://... https://web.archive.org/web/20051017071929/http://... https://web.archive.org/web/20081030115416/http://...